Assalamualaikum.. Salam Ukhwah Fillah

Wednesday, December 15, 2010

Kelebihan Menjadi Orang Rumah

-Diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah ketika mengandung

-Apabila dia menyusukan bayinya, setiap titik air susu yang diminum,
akan diberi satu kebajikan oleh Allah

-Apabila dia berjaga malam kerana menguruskan anak,
dia akan diberi pahala seperti pahala membebaskan 70 org hamba

-Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak utk keluarganya,
akan dibebaskan daripada api neraka

-Wanita yang mencuci pakaian suaminya,
akan diberi 1000 pahala dan diampuni 1000 dosa

Lebih istimewa, wanita yang tinggal di rumah kerana menguruskan anak2,
dia akan dapat tinggal bersama rasulullah S.A.W di syurga kelak

-Wanita yang meninggal dunia kerana bersalin akan mendapat pahala seperti mati syahid

Oleh itu, jgn disangka bekerja sebagai 'orang rumah' tidak punya makna, malah ganjarannya
di sisi Tuhan adalah berganda2 dan tidak terhitung


Harga Titisan Air Mata

Air mata..
Ingin menitis bila hati terguris,
Ingin mencurah bila hati gelisah,
bergatar di tubir mata,
mampukah ia ditegah agar tidak mengalir?

Air mata
mengalir di pipi seorang wanita,
runtuh sudah ego wanita,
di hadapan insan bernama lelaki,
memerah mata cuba lemahkan nurani adam,
namun adam hanya tersenyum,
tanda benteng ego masih belum runtuh

Air mata
senjatakan ia,
agar dapat mengadu kepadaNya,
agar gusar dan runsing bisa hilang,
Andai ia muncul di sana,
bila gusarnya sekeping hati,
moga hadirnya seorang sahabat sejati,
agar bisa membimbing ke jalan hakiki

Air mata
titisannya bukan mudah untuk mengalir,
ia bukan murah untuk dijaja,
cukuplah sekadar tatapan buat Ilahi,
aku punya harga diri yang perlu dijaga, 
walaupun ia cuma titis air mata,
namun sangat berharga dari segunung permata,
setitis qatrunada buat seorang hawa,
yang amat kerdil di muka bumi Allah ini..

Karya : Wan Norazizah Wan Sulaiman

Diari Seorang Sahabat..

 Sababat..
Semalam kau bersamaku,
Tika suka dan duka,
aku kagum dengan penampilanmu,
sangat indah dengan telekung labuhmu,
raut wajahmu yang tenang,
bisa membuatku cemburu..

Sahabatku,
Aku berkawan denganmu kerana akhlakmu,
kerana kesopananmu,
kerana kewarakanmu,
kerana lembut tutur katamu,
kerana cahaya iman diwajahmu..
Kerana kau hilangkan sifatmu,
maka hilanglah ksihku padamu..

Sahabatku..
maafkan diriku,
aku bukanlah insan yang adil dalam membuat keputusan,
aku lemah dalam menilai dirimu,
aku terpedaya dengan hasutan syaitan,
aku mula membencimu,
aku mula membuang namamu jauh dari kamus hidupku,
aku mula memulaukan dirimu,
aku sangat jahil wahai sahabatku..

Sahabatku..
Aku ingin memulakan semula persahabatan kita,
aku rindukan celotehmu dalam memberiku nasihat,
aku mimpikan dirimu yang sentiasa tersenyum padaku,
aku dambakan kata kata semangat dari dirimu,
aku bersalah pada dirimu,
aku terlalu prajudis pada dirimu,
maafkan aku kerana menghukummu,
Menghukum diatas kesilapan yang  pernah kau lakukan

Sahabatku..
Aku bersalah kerana menghukummu,
sedangkan nabi ampunkan Ummatnya,
kenapa tidak aku?
aku terlalu ego untuk mengakui kesilapanku,
aku terlalu sombong lagi hina,
maafkan aku wahai sahabat..

Sahabatku,
Semalam ku bermimpi,
kau datang kepadaku,
dengan senyuman indah yang kau miliki,
kau mengatakan yang kau memaafkan diriku,
walau hanyalah sekadar satu mimpi,
aku inginkan ia menjadi realiti,
andai kau membaca luahanku ini,
kuharap kau dapat memaafkan diri ini,
insan yang sangat lemah lagi tidak sempurna 

P/s : Andai mahu berteman, janganlah kerana kebaikannya,kerana  andai dia hilangkan kebaikannya, maka kau akan mula membencinya. bersahabatlah kerana Allah s.w.t