Assalamualaikum.. Salam Ukhwah Fillah

Friday, June 6, 2014

Anugerah Terindah Untuk Ibu dan Ayah

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan rezeki cahaya mata kepada kami, yang menjadi pengikat buah hati kami.





(Umar berusia satu hari)

Pada 19 haribulan April 2013, dari pagi, saya berasa ada sakit sakit dalam perut. Bukan sakit biasa-biasa. Kejap sakit, kejap hilang. Macam chipsmore sakit tu. hehehe. Saya dah mula rasa tak sedap hati. Due sepatutnya saya bersalin, esok, 20 haribulan April. Dalam hati saya cuma berdoa agar Allah permudahkan urusan saya.





(Umar berusia 7 minggu)

Tengahari tu, tiba-tiba mak saya telefon. Mak saya datang KL, sekarang ada dekat rumah kakak saya :
Mak : Zah, mak dan we (nama ayah saya) nak balik kampung dah malam ni. takde tanda tanda bersalin lagi kan
Zah : Tak tahulah mak, tanda tanda tu macam takde lagi. Sakit sakit biasa adalah kot. Mak dah beli tiket ke?
Mak : Mak dah beli tiket dah. Tahulah we tu, tak boleh tinggal kampung lama lama sangat,hehehe.




(Umar berusia 3 bulan di rumah atuk abang Nan)

habis cakap telefon, saya masuk tandas. Sekali tu, saya perasan ada macam keluar lendir putih pekat. Alamak, apa ni? Saya dah mula panik. Saya pun bertanyalah kakak ipar saya yang dah ada pengalaman bersalin 3 anak.

Zah : Zah rasa sakit je dari pagi. Tapi takde pula darah keluar. Cuma ada lendir putih je. Normal ke?huhuhu..
kakak : Sakit macamana?
Zah : Sakit macam perut mengeras. Makin lama makin kerap sakit dia.
Kakak : Oh yeke, tu dah kira tanda tanda nak bersalin dah rasanya. Lendir putih tu sebenarnya tisu kita. Akak cadang zah pergi hospital, bawa apa-apa yang patut.
Zah : Oh yeke, dah kena pergi hospital ke?
Kakak : Ha ah, elok pergi hari ni terus.
Zah : Baik akak.





(Umar berusia 4 bulan)

Saya pun pergilah ajak encik hubby tercinta ke hospital Selayang. Dalam hati dup dap dup dap. Sebab belum ada pengalaman kan. Sebelum keluar rumah, saya sempat telefon mak.

Zah : Mak, zah dah nak pergi hospital ni, rasa sakit sakitlah. Ada keluar lendir juga ni,huhuhu.
Mak : Yeke, mak dan we tak jadilah balik kampung malam ni. kami nak tengok cucu dulu sebelum balik.

Alhamdulillah, terima kasih Allah. Mak we sanggup balik lambat, semata mate nak tengok cucu kesayangan yang ke 26 ni. Alhamdulillah, Allahu Akbar.




(Umar berusia 5 bulan)

Lepas maghrib malam tu, saya, encik hubby dan adik ipar tercinta ke hospital selayang. Saya terus bawa kelengkapan bayi, ibu dan makanan kegemaran, encik kurma. Saya selau makan encik kurma dan cik madu apabila mengandung. Memang tak dapat mengelat makan sebab ada encik hubby aka pakar nutrisi yang sentiasa cek makanan saya. Jangan haraplah nak makan makanan tak berkhasiat tau,hehehe...





(Umar berusia 7 bulan)

Pendekkan cerita, masuk wad dalam pukul 10 malam,  tunggu nak masuk dalam wad ibu dan anak. Saya ni gerunlah bab-bab masuk hospital ni. Masuk-masuk saja, ada doktor cek bukaan jalan. Mak aih, gerunnya,huhuhu. Sakit pun ada juga sikit. Lepas cek dengan doktor, doktor cakap dah kena masuk wad sebab bukaan sekarang dah 3 cm. patutla.. Lepas doktor cek tu, makin banyak tisu badan yang keluar.

Saya sempat ambil keperluan barang bayi sebelum masuk di wad. Disebabkan bersalin di hospital kerajaan, suami tidak dibenarkan menunggu. Saya masuk dalam wad, dalam pukul 12 jugala. Masuk-masuk je, nurse tanya, nak cucuk ubat tak? saya cakap taknak lagi. Sebab tak rasa sakit sangat.



(Umar sambut hari raya yang pertama)

Makin lama, makin sakit. Waktu awal-awal maksud wad tadi, ada doktor cakap, awak ni anak sulung kan. Mesti esok pagi baru bersalin. Awak rehat je malam ni. Rata-rata mengatakan anak sulung susah sikit nak bersalin dan ambil masa yang lama. Sepanjang masuk wad, suami saya sentiasa mesej tanya, saya ok tak? Saya tahu, suami saya risaukan saya dan bayi ni. Saya cakap ok, boleh tahan lagi, tapi sakit makin kerap datang.

Disebabkan tak dapat tahan sakit, pukul 2 pagi saya ke kaunter klinik, nak tanya, boleh tak cucuk ubat, sebab saya dah tak dapat tahan sakit. Baring tak senang, susuk tak senang, berjalan tak senang. Waktu tu tak cukup kakitangan, nurse yang jaga kaunter suruh tunggu sekejap. Lama juga dalam 40 minit juga baru ada doktor datang cucuk ubat. Saya ingatkan lepas dah cucuk ubat, sakit makin kurang, tapi sakit makin kerap dan lagi sakit datang. Rupanya saya dalam proses 'contraction'. 




(Umar berusia 8 bulan)

Lepas dah cucuk ubat, kepala saya jadi pening hampir 2 jam juga. Suami saya mesej pun, saya hanya mampu baca je, tak dapat balas mesej. Alhamdulillah, sempat juga makan encik kurma waktu tengah sakit-sakit tu, sebab saya tahu, kurma mampu beri tenaga untuk bersalin nanti.

Jam sudah pukul 4 pagi, saya hanya mampu selawat, zikir berdoa minta pada Allah agar segala urusan bersalin saya dipermudahkan. Dalam pukul 4;20 pagi, saya dah tak sedap duduk. Saya nak berjalan-jalan tapi nurse tak bagi, sampai tahap kena marah dengan nurse sebab saya nak pergi ke tandas. Saya cakap tak tahan, rasa nak membuang. Tolonglah bagi saya ke tandas.


(Umar berusia 11 bulan)

Nurse yang melihat saya berasa cemas, dia suruh baring sekejap, nak panggil doktor. Dengan pantas, doktor berlari ke tempat saya. Doktor muslimah cek bukaan jalan.
"Awak tahan ye, jangan teran lagi, kepala bayi dah nak keluar!"
"Nurse semua, bersedia untuk proses bersalin"

Waktu sangat singkat, saya dikejarkan ke 'labour room' dalam keadaan cemas. Semua doktor bergegas untuk menyambut kelahiran bayi kami. Sempat lagi seorang nurse suruh telefon suami untuk bawa barang bayi serta untuk melihat sendiri proses bersalin bayi kami. Saya sempat telefon dan suami bergegas ke wad untuk ambil barang bayi dan ke 'labour room'.




(Umar berenang di Lata Tembakah) 

Dalam masa 5 minit sahaja, dengan 2 kali teran, bayi saya selamat lahir ke dunia ini. Lahir-lahir saja, suami saya baru sahaja sampai ke 'labour room'. Suami saya tak sempat tengok proses kelahiran bayi. Tengok-tengok bayi dah keluar. Masuk-masuk je suami saya sempat cium dahi saya, untuk tanda terima kasih melahirkan zuriatnya. Baby boy pula tu. Sejujurnya, 4 kali 'scan' bayi, memang tak nampak jantina. Bayi asyik sorok je. Hehehe. Pandainya sayang ibu ni. Nak bagi kejutan dekat ibu lah tu.. ^_^





(Umar dan ibu ke pameran Legoland! Umar setahun, Alhamdulillah)

Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan saya untuk bersalin bayi Umar bin Ibrahim. Sewaktu mengandung, saya memang mengamalkan membaca Surah Maryam, Yusof, Luqman, Nahl, Yasin dan Al Mulk.Hampir nak bersalin, saya lagi kerap baca surah Maryam.Alhamdulillah. Kemudian, disebabkan Umar macam anak cina, ada yang bertanya, saya ni cina ke? Tak lah, saya memang melayu tulen, tapi atuk suami saya memang orang cina. DNA cina dapat dari belah ayah Umar lah, hehehe.




(Umar jadi pemandu peribadi ibu.. =)

Sayu hati apabila suami azankan Umar, Alhamdulillah, terima kasih Allah. Terima kasih atas anugerah terindah buat kami semua. Umar lahir tepat pada 4;50 pagi bersamaan 20 April 2013, tepat-tepat jangkaan Umar lahir. Ibu doakan anak ibu membesar dengan sihat dan kuat, serta menjadi anak yang soleh, amin.







No comments:

Post a Comment