Assalamualaikum.. Salam Ukhwah Fillah

Wednesday, December 15, 2010

Diari Seorang Sahabat..

 Sababat..
Semalam kau bersamaku,
Tika suka dan duka,
aku kagum dengan penampilanmu,
sangat indah dengan telekung labuhmu,
raut wajahmu yang tenang,
bisa membuatku cemburu..

Sahabatku,
Aku berkawan denganmu kerana akhlakmu,
kerana kesopananmu,
kerana kewarakanmu,
kerana lembut tutur katamu,
kerana cahaya iman diwajahmu..
Kerana kau hilangkan sifatmu,
maka hilanglah ksihku padamu..

Sahabatku..
maafkan diriku,
aku bukanlah insan yang adil dalam membuat keputusan,
aku lemah dalam menilai dirimu,
aku terpedaya dengan hasutan syaitan,
aku mula membencimu,
aku mula membuang namamu jauh dari kamus hidupku,
aku mula memulaukan dirimu,
aku sangat jahil wahai sahabatku..

Sahabatku..
Aku ingin memulakan semula persahabatan kita,
aku rindukan celotehmu dalam memberiku nasihat,
aku mimpikan dirimu yang sentiasa tersenyum padaku,
aku dambakan kata kata semangat dari dirimu,
aku bersalah pada dirimu,
aku terlalu prajudis pada dirimu,
maafkan aku kerana menghukummu,
Menghukum diatas kesilapan yang  pernah kau lakukan

Sahabatku..
Aku bersalah kerana menghukummu,
sedangkan nabi ampunkan Ummatnya,
kenapa tidak aku?
aku terlalu ego untuk mengakui kesilapanku,
aku terlalu sombong lagi hina,
maafkan aku wahai sahabat..

Sahabatku,
Semalam ku bermimpi,
kau datang kepadaku,
dengan senyuman indah yang kau miliki,
kau mengatakan yang kau memaafkan diriku,
walau hanyalah sekadar satu mimpi,
aku inginkan ia menjadi realiti,
andai kau membaca luahanku ini,
kuharap kau dapat memaafkan diri ini,
insan yang sangat lemah lagi tidak sempurna 

P/s : Andai mahu berteman, janganlah kerana kebaikannya,kerana  andai dia hilangkan kebaikannya, maka kau akan mula membencinya. bersahabatlah kerana Allah s.w.t

No comments:

Post a Comment