Assalamualaikum.. Salam Ukhwah Fillah

Friday, June 6, 2014

Anugerah Terindah Untuk Ibu dan Ayah

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan rezeki cahaya mata kepada kami, yang menjadi pengikat buah hati kami.





(Umar berusia satu hari)

Pada 19 haribulan April 2013, dari pagi, saya berasa ada sakit sakit dalam perut. Bukan sakit biasa-biasa. Kejap sakit, kejap hilang. Macam chipsmore sakit tu. hehehe. Saya dah mula rasa tak sedap hati. Due sepatutnya saya bersalin, esok, 20 haribulan April. Dalam hati saya cuma berdoa agar Allah permudahkan urusan saya.





(Umar berusia 7 minggu)

Tengahari tu, tiba-tiba mak saya telefon. Mak saya datang KL, sekarang ada dekat rumah kakak saya :
Mak : Zah, mak dan we (nama ayah saya) nak balik kampung dah malam ni. takde tanda tanda bersalin lagi kan
Zah : Tak tahulah mak, tanda tanda tu macam takde lagi. Sakit sakit biasa adalah kot. Mak dah beli tiket ke?
Mak : Mak dah beli tiket dah. Tahulah we tu, tak boleh tinggal kampung lama lama sangat,hehehe.




(Umar berusia 3 bulan di rumah atuk abang Nan)

habis cakap telefon, saya masuk tandas. Sekali tu, saya perasan ada macam keluar lendir putih pekat. Alamak, apa ni? Saya dah mula panik. Saya pun bertanyalah kakak ipar saya yang dah ada pengalaman bersalin 3 anak.

Zah : Zah rasa sakit je dari pagi. Tapi takde pula darah keluar. Cuma ada lendir putih je. Normal ke?huhuhu..
kakak : Sakit macamana?
Zah : Sakit macam perut mengeras. Makin lama makin kerap sakit dia.
Kakak : Oh yeke, tu dah kira tanda tanda nak bersalin dah rasanya. Lendir putih tu sebenarnya tisu kita. Akak cadang zah pergi hospital, bawa apa-apa yang patut.
Zah : Oh yeke, dah kena pergi hospital ke?
Kakak : Ha ah, elok pergi hari ni terus.
Zah : Baik akak.





(Umar berusia 4 bulan)

Saya pun pergilah ajak encik hubby tercinta ke hospital Selayang. Dalam hati dup dap dup dap. Sebab belum ada pengalaman kan. Sebelum keluar rumah, saya sempat telefon mak.

Zah : Mak, zah dah nak pergi hospital ni, rasa sakit sakitlah. Ada keluar lendir juga ni,huhuhu.
Mak : Yeke, mak dan we tak jadilah balik kampung malam ni. kami nak tengok cucu dulu sebelum balik.

Alhamdulillah, terima kasih Allah. Mak we sanggup balik lambat, semata mate nak tengok cucu kesayangan yang ke 26 ni. Alhamdulillah, Allahu Akbar.




(Umar berusia 5 bulan)

Lepas maghrib malam tu, saya, encik hubby dan adik ipar tercinta ke hospital selayang. Saya terus bawa kelengkapan bayi, ibu dan makanan kegemaran, encik kurma. Saya selau makan encik kurma dan cik madu apabila mengandung. Memang tak dapat mengelat makan sebab ada encik hubby aka pakar nutrisi yang sentiasa cek makanan saya. Jangan haraplah nak makan makanan tak berkhasiat tau,hehehe...





(Umar berusia 7 bulan)

Pendekkan cerita, masuk wad dalam pukul 10 malam,  tunggu nak masuk dalam wad ibu dan anak. Saya ni gerunlah bab-bab masuk hospital ni. Masuk-masuk saja, ada doktor cek bukaan jalan. Mak aih, gerunnya,huhuhu. Sakit pun ada juga sikit. Lepas cek dengan doktor, doktor cakap dah kena masuk wad sebab bukaan sekarang dah 3 cm. patutla.. Lepas doktor cek tu, makin banyak tisu badan yang keluar.

Saya sempat ambil keperluan barang bayi sebelum masuk di wad. Disebabkan bersalin di hospital kerajaan, suami tidak dibenarkan menunggu. Saya masuk dalam wad, dalam pukul 12 jugala. Masuk-masuk je, nurse tanya, nak cucuk ubat tak? saya cakap taknak lagi. Sebab tak rasa sakit sangat.



(Umar sambut hari raya yang pertama)

Makin lama, makin sakit. Waktu awal-awal maksud wad tadi, ada doktor cakap, awak ni anak sulung kan. Mesti esok pagi baru bersalin. Awak rehat je malam ni. Rata-rata mengatakan anak sulung susah sikit nak bersalin dan ambil masa yang lama. Sepanjang masuk wad, suami saya sentiasa mesej tanya, saya ok tak? Saya tahu, suami saya risaukan saya dan bayi ni. Saya cakap ok, boleh tahan lagi, tapi sakit makin kerap datang.

Disebabkan tak dapat tahan sakit, pukul 2 pagi saya ke kaunter klinik, nak tanya, boleh tak cucuk ubat, sebab saya dah tak dapat tahan sakit. Baring tak senang, susuk tak senang, berjalan tak senang. Waktu tu tak cukup kakitangan, nurse yang jaga kaunter suruh tunggu sekejap. Lama juga dalam 40 minit juga baru ada doktor datang cucuk ubat. Saya ingatkan lepas dah cucuk ubat, sakit makin kurang, tapi sakit makin kerap dan lagi sakit datang. Rupanya saya dalam proses 'contraction'. 




(Umar berusia 8 bulan)

Lepas dah cucuk ubat, kepala saya jadi pening hampir 2 jam juga. Suami saya mesej pun, saya hanya mampu baca je, tak dapat balas mesej. Alhamdulillah, sempat juga makan encik kurma waktu tengah sakit-sakit tu, sebab saya tahu, kurma mampu beri tenaga untuk bersalin nanti.

Jam sudah pukul 4 pagi, saya hanya mampu selawat, zikir berdoa minta pada Allah agar segala urusan bersalin saya dipermudahkan. Dalam pukul 4;20 pagi, saya dah tak sedap duduk. Saya nak berjalan-jalan tapi nurse tak bagi, sampai tahap kena marah dengan nurse sebab saya nak pergi ke tandas. Saya cakap tak tahan, rasa nak membuang. Tolonglah bagi saya ke tandas.


(Umar berusia 11 bulan)

Nurse yang melihat saya berasa cemas, dia suruh baring sekejap, nak panggil doktor. Dengan pantas, doktor berlari ke tempat saya. Doktor muslimah cek bukaan jalan.
"Awak tahan ye, jangan teran lagi, kepala bayi dah nak keluar!"
"Nurse semua, bersedia untuk proses bersalin"

Waktu sangat singkat, saya dikejarkan ke 'labour room' dalam keadaan cemas. Semua doktor bergegas untuk menyambut kelahiran bayi kami. Sempat lagi seorang nurse suruh telefon suami untuk bawa barang bayi serta untuk melihat sendiri proses bersalin bayi kami. Saya sempat telefon dan suami bergegas ke wad untuk ambil barang bayi dan ke 'labour room'.




(Umar berenang di Lata Tembakah) 

Dalam masa 5 minit sahaja, dengan 2 kali teran, bayi saya selamat lahir ke dunia ini. Lahir-lahir saja, suami saya baru sahaja sampai ke 'labour room'. Suami saya tak sempat tengok proses kelahiran bayi. Tengok-tengok bayi dah keluar. Masuk-masuk je suami saya sempat cium dahi saya, untuk tanda terima kasih melahirkan zuriatnya. Baby boy pula tu. Sejujurnya, 4 kali 'scan' bayi, memang tak nampak jantina. Bayi asyik sorok je. Hehehe. Pandainya sayang ibu ni. Nak bagi kejutan dekat ibu lah tu.. ^_^





(Umar dan ibu ke pameran Legoland! Umar setahun, Alhamdulillah)

Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan saya untuk bersalin bayi Umar bin Ibrahim. Sewaktu mengandung, saya memang mengamalkan membaca Surah Maryam, Yusof, Luqman, Nahl, Yasin dan Al Mulk.Hampir nak bersalin, saya lagi kerap baca surah Maryam.Alhamdulillah. Kemudian, disebabkan Umar macam anak cina, ada yang bertanya, saya ni cina ke? Tak lah, saya memang melayu tulen, tapi atuk suami saya memang orang cina. DNA cina dapat dari belah ayah Umar lah, hehehe.




(Umar jadi pemandu peribadi ibu.. =)

Sayu hati apabila suami azankan Umar, Alhamdulillah, terima kasih Allah. Terima kasih atas anugerah terindah buat kami semua. Umar lahir tepat pada 4;50 pagi bersamaan 20 April 2013, tepat-tepat jangkaan Umar lahir. Ibu doakan anak ibu membesar dengan sihat dan kuat, serta menjadi anak yang soleh, amin.







Wednesday, September 14, 2011

Pemilik Cintaku Selepas Allah dan rasul...

Assalamualaikum w.b.t

Sudah lame xupdate blog sy ni..
mungkin sebab sibuk dengan kerja kt pejabat
dan sibuk dengan kerja kahwin
Alhamdulillah, sy dah selamat menjadi zaujah pada suami yang tercinta
Ibrahim bin Mohd Najid..
Nama seperti nama Nabi Ibrahim,
InsyaAllah, berusaha mencontohi akhlak nabi juga..

Aku tersenyum bila teringat kembali pertemuan kami..
Cukup indah..
sebenarnye kami dah pernah kenal 2 tahun lepas,
tp kenal atas dasar program je,
Persatuan Mahasiswa Hadhari..
Aku jadi ketua biro keusahawanan waktu 2,
ketua kumpulan untuk suamiku..

Tapi, 2 sekadar kisah lama..
masing2 xsimpan perasaan pada hati masing2..
kututup rapat hatiku buat mana2 lelaki..
namun jauh disudut hati..
aku xmahu bermain cinta..
apatah lagi cinta yang melalaikan
yang membawa diriku jauh dariNya..

Andai ku ingin cinta..
aku ingin bercinta dengan seseorang yang sudah sah bergelar zauj kepadaku
Seringkali ada insan yang ingin mendapatkan cinta dariku..
namun diri ini xmampu untuk menerima, apatah lagi memberi..
xlupa ada ibu2 yang ingin bermenantukan diriku..
namun kubiarkan sepi, sambil berdoa agar tuhan tunjukkan aku kepada jalanNya yang lurus..

Waktu berlalu..
hati ini masih tertutup untuk sesiapa..
Aku pn xpernah mengenal erti cinta yang sebenar
cinta seorang wanita kepada insan bernama lelaki..
walhal ada yang pernah nk masuk meminang, namun ak tolak secara baik
mungkin sudah tersurat yang kami tiada jodoh.
aku xboleh menganggap kawanku lebih dr seorang kawan..

Hari berganti hari..
Zaujku melamarku..
kitorang xpernah cakap telefon sebelum 2
xpernah keluar berdua
xpernah nak keluar makan2
xpernah jumpe depan2..
macam pelik, tapi perkara itulah yang aku harapkan berlaku dlm hidupku..
hubungan yang xmelampaui batasku sebagai seorang anak

Alhamdulillah.
Ibrahim nak jumpe keluargaku..
aku kagum dengan suamiku..
terus jumpe kuarga ku, tanpa berjume diriku dulu..
itulah impianku..
Aku milik ibu bapaku, ape2 keputusan, mereka yang tentukan..
ibu bapa lebih tahu ape yang terbaik buatku..

Pertemuan kami depan2 adalah lepas pada majlis merisik, aka mjlis tunang
ayahanda zaujku menginginkan kami dijodohkan pada bulan syawal
yakni 3 bulan sahaja dr mjlis..
untuk mengelakkan zina hati..
pada mulanya, ibu dan ayahku sedikit tersentap..
yelah, sebab mcm terlalu awal..
namun Alhamdulillah, kedua ibu bapaku merestui hbgn kami..
mereka fikirkan yang terbaik buat anak mereka..
Keluarga Ibrahim pn keluarga yang baik2..
adik beradik ng umi dia semua tudung labuh2..
Alhamdulillah..
sejuk mataku memandang..

Pertunangan yang sangat sederhana..
dengan berbekalkan sebentuk cincin
tanpa ada apa2 hantaran
tanpa ada make up..
Alhamdulillah, kami tidak berlebihan dalam bertunang


Sejak mjis bertunang..
kami aturkan 2 lagi pertemuan..
keluar bersama ahli kelurga yang lain..
utk membeli barang utk kerja kahwin..
Pertemuan yang ditemani saudaranya dan saudaraku..
Melalui pertunangan ini, kami mengenal hati budi masing2..

Tanggal 2 september 2011 aka 4 syawal
aku diijabkabulkan dengan zaujku.. Ibrahim Mohd Najid
Dialah temanku, dialah pendampingku..
aku ingin menjadi penyejuk mata suamiku..
yang sedih, jadi gembira,
yang gelisah, jadi tenang,
yang marah, jadi bahagia..

Kubahagia menjadi isterimu..
ku bahagia kau ada disampingku..
walau jauh di mata, namun dekat di hatiku..
inilah ujian buat kite berdua..
dalam meniti hari bahagia..
pasti ada pahit sebelum manisnya..

Ya Tuhanku..
Kau rahmatilah hubungan yang baru terbina ini
Kukuhkanlah msjid yang kami bina..
Berilah kami kekuatan dalam menghadapi kehidupan berumah tangga,
Suburkanlah kecintaan kepada kami berdua
tanamkanlah perasaan kasih,sayang, cinta, toleransi, tolong menolong dalam hubungan kami..
Bantulah aku untuk menjadi seorang isteri yang solehah buat suamiku tercinta..
Bantulah aku menjadi ibu yang terbaik buat anak2ku kelak
Bantulah aku menjadi ank yang solehah buat kedua ibu bapaku..
Hanya Kau tempat selayak2 nya ku memohon..
amin, Ya Rabbal A'lamin..


Selepas akad nikah



Majlis Bertandang sebelah perempuan




Ya Allah Ya Rahman, Kau rahmatilah pernikahan kami.. InsyaAllah, sampai ke syurga, amin..
Love you my dear.. =)



Meet our little sunshine, baby umar.. Umar dah besar ye sekarang, dah taknak ibu suap, nak makan sendiri.. May Allah bless you my dear..

Ibu dan ayah sayang Umar sampai syurga, amin.. =)

Saturday, May 28, 2011

Saya sudah bertunang..

AssaLAmUALaIkuM....


DenGAn NAMa ALLAh YANg MAhA PEnGAsih LAgi MAHA PenYAyanG....


Ape KhaBAr iMAn kitA HAri niE????


MOGa MAkin bertamBAh cinTA DAn riNDu padA NYA...


pOST kali nie....saYA suDAh bertuNAng....barU saje ditunangKAn.......


NAk TAHu kiSAh LAnjut.....BAcAlah ceritA kat BAwAh......^_^

Sumber article : iluvislam.com


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

** Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.**

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

sUmbER: iluvislam

Friday, May 27, 2011

Pernikahan..

Saya sekadar ingin berkongsi article yang bermanfaat dengan sahabat2 sekalian.. article ini pun sy dapat dari org yg saya kenali.. slmt membaca.. =)


Pernikahan itu adalah salah satu anugerah dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya, khususnya kepada kita iaitu umat Rasulullah SAW. Pernikahan merupakan jalan yang sah lagi diredhai oleh Allah SWT bagi menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan.

Adalah merupakan fitrah manusia yang sihat bahawa seorang lelaki akan tertarik kepada perempuan, dan begitulah sebaliknya. Maka, apabila telah wujud rasa suka dan cinta seorang lelaki kepada seorang perempuan, syariat Islam telah menyediakan pernikahan sebagai jalan memanifestasikan kecenderungan dan kecintaan yang wujud di antara dua insan tersebut.

Firman Allah SWT yang lebih kurang maksudnya:
“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.”
(Surah Ar-Ruum, ayat ke-21)

Sememangnya fitrah seseorang lelaki akan menyukai perempuan, dan seseorang perempuan akan menyukai lelaki. Rasa suka, cinta, dan cenderung itu adalah fitrah yang tidak boleh dinafikan malah tidak perlu dinafikan. Apa yang penting ialah perasaan itu haruslah disalurkan dan dimanifestasikan dengan cara yang halal dan baik.

Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa cinta itu adalah kecenderungan jiwa kepadanya (kepada sesuatu yang dicintai itu) kerana keadaannya yang merupakan suatu kenikmatan kepadanya. Semakin bertambah kenikmatan, semakin bertambahlah kecintaan.

Allah SWT melengkapkan manusia dengan pancaindera yang dengannya manusia dapat merasai kenikmatan dan kelazatan dalam perkara yang disukai dan dicintai.

Dalam salah sebuah hadith yang dipetik oleh Imam Al-Ghazali di dalam Ihya’ ‘Ulumuddin;
Rasulullah SAW bersabda yang lebih kurang maksudnya:
“Tiga hal dari duniamu yang dijadikan aku menyukainya, yakni: wangi-wangian, wanita, dan kesejukan hatiku dalam solat.”

Maka, kesukaan yang diwujudkan antara seorang lelaki dan perempuan itu, haruslah disatukan melalui jalan pernikahan. Sudah tentu, pernikahan itu ada syarat-syaratnya dan adab-adabnya. Adab-adab dalam pernikahan perlu diberikan perhatian yang teliti kerana pernikahan membawa erti yang cukup besar. Antara tujuan pernikahan adalah bagi menghalalkan perhubungan antara seorang lelaki dan perempuan. Segala batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, dari segi pandangan, sentuhan, mahupun pendengaran, diangkat melalui pernikahan. Namun, erti pernikahan yang sebenar tidaklah sekecil itu.

Pada hari ini, apabila pernikahan itu difahami hanya dalam konteks menghalalkan perhubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan, maka kita dalam melihat banyaknya masalah dalam rumahtangga dan kehidupan berkeluarga. Antara erti yang paling besar melalui pernikahan adalah pernikahan ini merupakan suatu ibadah, yang dapat membantu kehidupan beragama seseorang itu. Dalam salah sebuah hadith, Rasulullah SAW menerangkan betapa besarnya erti pernikahan dalam konteks melengkapkan agama seseorang itu.

Sabda Rasulullah SAW yang lebih kurang maksudnya:
“Barangsiapa yang telah dikurniakan oleh Allah dengan isteri yang solehah, maka ia telah dilengkapkan sebahagian daripada agamanya. Maka, bertaqwalah kepada Allah untuk sebahagian yang lain itu.”
(Hadith Riwayat At-Tabrani dan Al-Hakim dan dinyatakan sahih sanadnya)

Dalam matan yang lain, disebut bahawa pernikahan itu melengkapkan separuh daripada agama, dan hendaklah bertaqwa kepada Allah untuk separuh lagi. Justeru, hal ini seharusnya menggambarkan kepada kita betapa melalui jalan pernikahan itu dapat melengkapkan sebahagian besar daripada agama. Hal tersebut, sudah tentu berkait rapat dengan maksud dan hikmah pernikahan yang lain.

Antaranya, melalui pernikahan kelangsungan hidup manusia sebagai manifestasi tanggungjawab khalifah dapat dipastikan berlaku. Melalui pernikahan juga akan dapat meneruskan kehidupan manusia, melalui anak-anak yang dilahirkan. Anak-anak yang dilahirkan itu akan lahir sebagai umat Rasulullah SAW. Maka, apabila terdidik pula anak-anak itu dengan baik menjadi anak yang soleh dan solehah, berbanggalah Rasulullah SAW dengan bilangan umat baginda yang banyak. Ibubapa akan mendapat kebaikan, dan masyarakat akan mendapat manfaat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Kahwinilah olehmu wanita yang pencinta (sangat mencintai suami dan anak-anak) dan peranak (subur). Maka sesungguhnya aku bermegah-megah dengan banyaknya kamu (umat Rasulullah) itu terhadap nabi-nabi yang lain di hari kiamat.”
(Hadith Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)

Pernikahan juga adalah merupakan perkara yang akan dapat menenangkan jiwa, serta membantu proses untuk meningkatkan kualiti kerohanian seseorang. Hal ini demikian kerana melalui jalan pernikahan akan lebih memelihara kehormatan serta kesucian jiwa seseorang itu. Hati akan lebih tenang kerana sesebuah pernikahan yang baik itu akan dikurniakan oleh Allah SWT dengan ‘Mawaddah wa Rahmah’, yakni rasa kasih dan sayang.

Selain daripada itu, pastinya adalah lebih mudah bagi seseorang yang telah berkahwin untuk memelihara diri daripada melakukan dosa dan maksiat, termasuklah maksiat hati. Apabila seseorang itu lebih mampu memelihara dirinya daripada maksiat, maka lebih mudahlah untuk seseorang itu memberikan penumpuan kepada ibadah dan usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW yang lebih kurang bermaksud:
“Barangsiapa yang telah merasa sanggup (mampu) untuk berumahtangga, maka hendaklah ia bernikah. Sesungguhnya nikah itu lebih melindungi penglihatan dan lebih memelihara kehormatan. Dan sesiapa yang belum sanggup (mampu), hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat mengurangkan nafsu syahwat.”
(Hadith Riwayat Bukhari)

Maka, apa yang penting untuk difahami adalah bahawa pernikahan itu merupakan salah satu cara untuk meningkatkan kualiti ibadah, serta seharusnya menjadikan seseorang itu lebih dekat kepada Allah SWT. Hal ini demikian kerana pada hakikatnya, pernikahan itu sendiri adalah merupakan satu kurniaan yang besar daripada Allah SWT kepada hamba-Nya.

Bukankah jodoh itu ketentuan Allah? Oleh sebab itulah kita dapat melihat pada hari ini, begitu ramai orang yang bercinta selama bertahun-tahun lamanya, tetapi akhirnya tidak sampai kepada pernikahan. Ada juga yang bercinta begitu lama, akhirnya menikah jua. Ada juga yang berkenalan hanya seketika, kemudian terus mendirikan rumahtangga.

Keadaan-keadaan tersebut seharusnya memberikan kepada kita suatu pengertian bahawa soal jodoh bukanlah terletak kepada usaha manusia, tetapi adalah merupakan ketetapan dan ketentuan Allah SWT. Usaha manusia itu hanyalah sebagai sebab. Maka, bagi sesiapa yang setelah menikah dengan seseorang itu, semakin jauh hatinya daripada mengingati Allah serta beribadah kepada-Nya, bukankah itu namanya kufur nikmat?

Kerana erti syukur itu, adalah apabila kita menghargai pemberian dan kurniaan daripada Allah SWT untuk lebih mendekatkan kita kepada-Nya. Justeru, adalah penting juga untuk difahami bahawa di sebalik kenikmatan dan faedah pernikahan, terdapat risiko dan cabaran yang seandainya seseorang itu lalai dalam menjalankan tanggungjawabnya, khususnya tanggungjawab kepada Allah dan kepada Rasulullah, maka pastinya seseorang itu akan mudah terjerumus dan terperangkap dalam hal-hal yang tidak baik yang hadir bersama sesebuah pernikahan.

Imam Al-Ghazali mengingatkan tentang hal ini di dalam Ihya’ ‘Ulumuddin. Antara kesusahan dan cabaran yang akan hadir bersama pernikahan adalah untuk mencari nafkah buat keluarga daripada sumber yang halal. Hal tersebut adalah merupakan kewajipan bagi seorang suami. Selain daripada itu, antara kemudaratan paling besar apabila seseorang itu lalai dalam kehidupan berkeluarganya adalah kelalaian daripada zikir kepada Allah SWT dan persiapan menuju akhirat.

Kesibukan duniawi, kesibukan menguruskan hal keluarga, boleh sampai melalaikan seseorang itu daripada mengingati Allah SWT. Kesusahan dalam mencari nafkah, boleh sehingga mewujudkan sifat bakhil. Tuntutan kehendak dan keperluan isteri dan keluarga, boleh membawa kepada kefakiran, yang akhirnya boleh membawa seseorang itu kepada kebinasaan.

Imam Al-Ghazali memetik sebuah hadith Rasulullah SAW sebagai peringatan, yang kira-kira maksudnya:
“Akan datang pada manusia suatu zaman di mana lelaki binasa di tangan isterinya, kedua orang tuanya, dan anaknya. Mereka mencelanya dengan kefakiran dan membebaninya dengan sesuatu yang tidak mampu dipikulnya. Maka ia memasuki tempat-tempat yang akan menghilangkan agamanya. Lalu ia binasa.”

Justeru, adalah sangat penting bagi seseorang itu untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT, serta memahami dan menyikapi pernikahan itu dalam erti dan konteks ibadat yang luas. Kecintaan seorang suami kepada isteri, mahupun kecintaan seorang isteri kepada suami, haruslah jangan sampai melalaikan kecintaan yang lebih berhak. Kecintaan kepada Allah dan Rasulullah itu sudah tentu adalah yang paling utama.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidaklah seseorang di antara kamu beriman sehingga ia menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada keluarganya, hartanya, dan manusia seluruhnya.”

Apabila seseorang itu mencintai keluarganya, hartanya dan dunianya lebih daripada kecintaan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, maka sudah tentu Allah akan menyerahkan seseorang itu untuk diurus dan diaturkan kehidupannya oleh dunianya. Namun, apabila seseorang itu menjadi kekasih Allah SWT dan Rasulullah SAW, maka kehidupannya diatur dan diurus oleh Allah SWT.

Bukankah Allah itu sebaik-baik pengurus? Bukankah Allah itu sebaik-baik pembantu dan penolong? Sungguh, sebaik-baik tempat bergantung hanyalah Allah!

Thursday, May 26, 2011

Photo of my Family..


My Lovely Dad



My Lovely Mom


Wan Siti Hajar


Wan Razak


Wan Hamzah


Wan Hasinah


Wan Norhasiah


Wan Mariah


Wan Syaripah


Wan Mohammad


Wan Ab Rahim


Wan Norazizah


Wan Norhamidah, Wan Norshahirah, Wan Aidil Adha


Wan Khalid



رَبَّÙ†َا Ù‡َبْ Ù„َÙ†َا Ù…ِÙ†ْ Ø£َزْÙˆَاجِÙ†َا ÙˆَذُرِّÙŠَّاتِÙ†َا Ù‚ُرَّØ©َ Ø£َعْÙŠُÙ†ٍ ÙˆَاجْعَÙ„ْÙ†َا Ù„ِÙ„ْÙ…ُتَّÙ‚ِينَ Ø¥ِÙ…َامًا

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa"

(Al-Furqaan : 74)

Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan syaang

Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan

Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya
Mungkinkah kita seringkali melupakanNya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia

Ayah ibu
Luangkanlah sedikit masa bersamaku
Ku rindukan kemesraan
Dan belaianmu

Friday, May 20, 2011

Members of My Family..

1.Wan Sulaiman Bin W Husin (Father)
2.Halimah binti Mat jusoh (Mom)
3.Wan Siti Hajar (K.Long)
4.Mohd Nazli (Husband K.LOng)
5.Wan Razak (Abe Jak)
6.Kasmani (Wife Abe Jak)
7.Wan Hamzah (Abe Jah)
8.Faizah (Wife Abe Jah)
9.Wan Hasinah (K.nah)
10.Hazaha (Husband K.Nah)
11.Wan Norhasiah (K.yah)
12.Rokman (Husband K.Yah)
13.Wan Mariah (K.Ma)
14.Nazimi (Husband K.Ma)
15.Wan Syaripah (K.pah)
16.Hafiz (husband K.pah)
17.Wan Mohammad (amat)
18.Wan Ab. Rahim (rahim)
19.Wan Norazizah (izah)
20.Wan Norhamidah (amiey)
21.Wan Khalid (khalid)
22.Wan Norshahirah (erah)
23.Wan Aidil Adha (Ada)
24.Mohd Faiz (anak K.long & a.long)
25.Mohd Ikram (anak k.long & a.long)
26.Mohd hafizuddin (anak k.long & a.long)
27.Nurul Nadia Izzati (anak k.long & a.long)
28.Nur Atirah (anak k.long & a.long)
29.Wan Mohammad Amin (anak A.Jak & K.Nie)
30.Wan Maizatul Nazirah (anak A.Jak & K.Nie)
31.Wan Ainatul Mardhiah (anak A.Jak & K.Nie)
32.Wan Mohd Daniel Haikal (anak A.jah & K.za)
33.Wan Nor Fatin Batrisya (anak A.jah & K.za)
34.Mohd Lukman (anak k.nah & a.ha)
35.Mohd Sollahuddin (anak k.nah & a.ha)
36.Mohd Adam (anak k.yah & a.Me)
37.Mohd Faris (anak k.yah & a.Me)
38.Mohd Amir Amsyar (anak k.yah & a.Me)
39.Nur Nabila Husna (anak k.ma & a.mi)
40.mohd Nazimi Hairie (anak k.ma & a.mi)
41.Nurul Iman Nadirah (anak K.pah)



Love my big family so much.......=)

Friday, April 15, 2011

Kisah Si Kecil

Seorang ibu sedang khusyuk solat..
Tanpa disedari, si kecil masuk dalam bilik melihat si ibu solat..
si kecil pandang je si ibu..

mungkin dalam hatinya tertanya tanya

"Ibu ni buat pe?"

Si kecil mula datang dekat dengan ibunya..
Sewaktu ibunya sedang rukuk, si anak memeluk kuat kaki ibunya

dalam hati ibu..
"Ya Allah, anak aku"

ibu masih lagi berusaha untuk khusyuk solat

sewaktu si ibu sujud, si kecil yang nakal mula naik atas badan si ibu..

dalam hati ibu
"Ya Allah, anak aku"

sewaktu si ibu duduk antara dua sujud
si anak kecil mula mencium pipi si ibu dan memeluk si ibu..

Sewaktu tahiyat akhir
si anak mula mengambil cermin mata si ibu yang terdapat di atas katil
si anak mula menggayakan di hadapan ibunya yang sedang tahiyat akhir..

dalam hati ibu
"Ya Allah, anak aku"

Selepas sahaja memberi salam, si ibu terus mendapatkan si kecil lalu mengambil cermin mata di pegangan anaknya
Ibu memeluk si anak
Mencium pipi si anak

Begitulah betapa hebatnya dugaan si ibu untuk solat apabila melibatkan anak anak yang masih kecil dan sedang membesar..
Kusyuk solat si ayah dan si ibu adalah berbeza..

Renung renungkan, dan rajinlah beramal
Tepuk dada, tanya iman..


Tuesday, March 8, 2011

Fajar Terindah

Ardi Herman, namanya terlalu indah untuk dibandingkan dengan liku-liku hidup yang dilalui. Hidupnya selalu bergelumang dengan dosa. Dulu, ya, hidupnya sangat bahagia disamping keluarga tercinta, namun segalanya berubah sekelip mata sejak mereka kembali ke semenanjung.

“Eddy, abah dah dapat tukar dekat kem di Terengganu, nanti dekat sikit dengan kampung atuk nenek. Eddy suka tak?”

Umminya sangat gembira. Penantian selama 5 tahun berakhir selepas suaminya dapat bertukar ke semenanjung. Namun begitu, mereka pasti akan merindui pantai yang indah di kem Labuan ini.

“Mm.. Tapi Ummi, Eddy dah serasi dengan kawan-kawan Eddy. Susah Ummi nak dapat kawan yang baik hati dengan diorang.”

“Oh, pasal tu ke. Itu Ummi tahu, tapi bukannya Eddy tak boleh berhubung dengan diorang. Zaman sekarang kan dah makin moden. Eddy boleh SMS, telefon ke, guna internet ke, apalah anak Ummi ni. Lagipun anak Ummi kan ‘handsome’, mesti ramai yang yang nak kawan dengan Eddy, tengoklah nanti,”

“Kalau Ummi dah cakap begitu, Eddy ikut je. Bila kita nak balik Semenanjung Ummi?”

“Dalam hujung bulan ni, tu pun dah tak lama kan, Eddy dah boleh mula kemas barang-barang dari sekarang.”

“Okey Ummi.”

Hubungan Eddy dengan ibunya sangat rapat. Lagipun Eddy adalah anak sulung dan juga cucu sulung atuk dan nenek. Dia sangat dimanjai oleh atuk nenek sebelah Ummi dan abah. Apa yang dia nak, dia akan selalu dapat. Tak macam 2 adiknya yang lain, Ardi Azman dan Ardi Adnan. Adik-adiknya lebih banyak memendam rasa dengan perbuatan Ardi Herman.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Sejak bersekolah di Terengganu, Ardi Herman makin berubah sikap. Dia semakin bebas untuk membuat keputusan. Ibunya sudah jarang mengambil tahu tentang halnya. Atau Umminya cuba memberi kebebasan kepada anaknya. Hari demi hari, Eddy semakin liar dan nakal. Di sekolah, dia dipertemukan dengan kawan-kawan yang nakal, Boy dan Amir.

“Eddy, kau nampak tak awek cun tu, dia baru pindah sini tau. Kau cubalah ‘tackle’ dia, Tanya nama dia, haha”

“Hek eleh, setakat gadis macam tu, sekejap je aku tundukkan dia, mm.. apa aku dapat kalau aku dapat tahu nama dia? Ha?”

“Mm.. nak bagi apa ek Amir? Kau rasa ape?”

“Alah Boy, tanya aku plak, kau kan ‘terror’ dalam bab-bab macam ni,”

“Mm.. Rm 50 camane?”

“Aku okey je, korang sediakan je RM50, kejap lagi aku tagih dengan korang,”
Eddy mengorak langkah menemui gadis itu. Dia membetulkan rambut serta penampilannya agar tampil menarik di depan gadis tersebut.

“Ehem.. ehem.. “

Eddy cuba berjalan dengan laju, tiba-tiba dia berlanggar dengan gadis itu dari arah depan.

“Subhanallah! Ya Allah,”

Habis bertebaran kertas yang dipegang gadis tersebut. Eddy berlagak menolong gadis tersebut. Tanpa disedari si gadis,dia cuba mencari nama si gadis melalui kertas yang dipegangnya. Aha! Dah taw dah name dia..

“Awak, maafkan saya, saya tak sengaja terlanggar awak,”

Eddy cuba berbahasa, namun si gadis sekadar tunduk lantas berlalu dari situ,namun tiba-tiba gadis itu berhenti di meja berdekatan, menulis sesuatu, lantas memberikan sehelai kertas kepada Eddy.

“Maafkan ana,”

Eddy cuba memanggil gadis itu semula, namun gadis itu sudah berlalu ke depan.

“Mmm.. kenapa tak nak cakap depan-depan? Orang macam ni pun ada ke? Pelik betul,”




To be continued..

Wednesday, February 16, 2011

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..
Dah dapat tempat praktikal..

dekat johor plak 2..
sangat jauh daripada kampung halaman yang dekat kelantan ..
Mula-mula nak apply kat Felda kat KL, sebab dalam kepala saya, tak nak audit firm, ntahla, xde reason utk xnak pergi audit firm..

Namun, waktu nak aplly Felda 2, rase macam prosedur dia susah sangatla..
Saya, bersama farah ( my twin), akhirnya berpatah arang untuk nak apply kat felda, bayangkan, nak hantar resume pun masalah, bile coll pun macam susah jg, tambah tambah nak kena pergi interview..
Dalam hati ni terdetik.. "Macam xde rezeki je untuk dapat kat Felda ni.. "
Namun, dalam hati ni xputus-putus berdoa agar tuhan tunjukkan kebenaran, manakah tempat yang paling sesuai untuk diri ini menimba ilmu dekat tempat praktikal..

Selang keesokannya, Farah dapat tahu daripada kawan dia yang ada tempat praktikal dekat johor yang bagi tempat penginapan sekali dekat company tu..
Apalagi, saya terus setuju.. saya tak pernah buat keputusan memgejut, namun dalam hati ini kuat mengatakan InsyaAllah, ada rezeki, dapatlah training dekat company ni, namun xnak terlalu berharap sangat, takut xdapat..


Mula-mula, memang nak minta kat shah alam, pas2 tukar, nak minta kat KL, pastu tukar nak minta kat Kedah, memang keputusan untuk nak apply tempat praktikal 2, main suka hati je,, yang pasti xnak audit firm..

Namun, akhirnya, saya dapat position auditing (external auditing mungkin) dekat sebuah Audit Firm dekat Johor..(dulu saya xsuka johor) Dah lah xpernah sampai kat Johor, tapi xpelah, ada family abang kat sana, boleh juga tolong tengokkan..

Apa-apapun, saya sangat bersyukur sebab dan dapat confirmation buat practical training dekat Skudai Parade kat Johor, teman teman saya masih menunggu jawapan daripada company yang diorang minta, semoga segala urusan kami dipermudahkan olehNya, insyaAllah, amin..

Pesanan buat diri sendiri, semoga dapat melakukan yang terbaik dekat tempat praktikal nanti, semoga banyak input yang boleh dipelajari sebelum meniti alam pekerjaan yang sebenar, InsyaAllah..

"Kadang kadang apa yang kita rasakan yang terbaik buat kita, adalah yang terburuk buat kita dan apa yang kita rasa terburuk buat kita sebenarnya adalah yang terbaik buat kita, tepuk dada, tanyalah iman,"


Tuesday, February 15, 2011

Keluarga 69 (2)

- My Lovely Mother @ Mak - Halimah bt. Mat Jusoh

Mak adalah wanita yang paling aku kagum kat dunia ni.. mak adalah wanita yang penuh kelembutan dalam mendidik kami 14 adik beradik. Sangat susah nak cari ibu yang ada anak ramai zaman sekarang ni. Aku masih ingat kat sekolah, waktu cerita pasal adik beradik je, pasti ada yang bertanya 2 kali pasal jumlah yang sebenar, betulla 14 adik beradik sejati, Alhamdulillah. Aku sangat bangga dan bertuah dapat hidup dalam sebuah keluarga yang besar dan harmoni..

Mak jarang marah kami adik beradik. Walau mak nak marah sekalipun, tak nampak mak macam marah. Sebolehnya emak akan memaniskan muka dan sentiasa tersenyum. Mak orang yang sangat kuat bekerja. Mak boleh buat banyak kerja dalam satu masa. Memasak, membasuh baju, mengemas, dan macam-macam lagi. Aku sangat kagum dengan mak, mak jarang kenal erti penat dan lelah. Time balik cuti raye, lagila mak tak duduk diam, pasti ada je juadah yang enak untuk dijadikan hidangan anak2 dan cucu. Anak ramai, 14 orang, mestilah ada banyak  perangainya.. tapi, mak tak pernah mengeluh, walau penat macammana pun, mak akan lakukan yang terbaik buat anak2. Kehidupan mak yang telah kehilangan ibu sejak kecil dan bapa yang berkahwin lain mengajar emak erti kehilangan kasih sayang. Oleh itu, sebolehnya, mak akan cuba lakukan yang terbaik membahagikan kasih sayang untuk 14 anak-anaknya. Mak kahwin sejak usia mak 16 tahun. Sangat muda, tapi mak berjaya menggalas tanggungjawab yang berat dalam mendidik anak2.  

Dulu,bilik aku sebelah bilik mak. Pernah jugala aku dengar mak bercerita hal anak2 dekat we. We kan jarang ada kat rumah, so, mak ceritala apa yang berlaku sepanjang we takde kat rumah. Aku sangat kagum dengan mak sebab mak we selalu berterus terang antara satu sama lain. Mungkin itulah sebab we sangat sayangkan mak. Mak pernah pergi jaga cucu kat kl, terpaksa tinggal we kat kampong sekejap, tapi aku tengok we tak ceria. Memang we xleh berenggang dengan mak, betapa kuatnya kasih sayang antara we dengan mak.
Mak, wanita yang selalu dirindui oleh anak-anak dan cucu. Sifat penyayang, sabar, penuh kelembutan menggamit kami untuk pulang ke kampong halaman. Mak, we love u so much..

 Moga mak akan berada dalam lindunganNya sentiasa, insyaAllah, amin..

Keluarga 69

- My Lovely Father @ We - Wan Sulaiman b. W. Husin

We, insan yang sangat cekal dan tabah dalam menghadapi liku-liku hidup. Ketegasanmu mengajar kami erti kehidupan. Setiap waktu, pasti ada nasihat dan teladan yang ditunjukkan pada kami adik beradik. We sangat sayangkan mak. We tak boleh berenggang dengan mak.. Walaupun jarak usia suami isteri adalah 8 tahun, namun atas dasar cinta, kasih sayang, pengorbanan, sikap berterus terang telah mengutuhkan rasa cinta yang telah dibina sejak 40 tahun yang lalu. Dulu, dirimu sangat tegas dengan anak-anak, tentang didikan agama, tambah-tambah, we juga telah menjadi guru mengaji kami.. walaupun kerja sebagai tukang gunting rambut dari pagi sampai petang, tapi ia tidak mengekang we dari mengajar kami mengaji. Aku  masih teringat saat2 mengaji Al-Quran dulu. We pasti akan memegang rotan. Ouish.. seramla juga, tapi sebab rotan tu juga, kami jadi cepat belajar Al-Quran. Alhamdulillah, usia yang agak muda, aku telah khatam Al-Quran sebab aku start belajar mengaji awal juga.. Kami adik beradik dulupun diwajibkan sembahyang berjemaah subuh dan maghrib dulu..

mm.. aku masih ingat, we pernah accident.. teruk kaki ayah luka. Tapi, ada peristiwa yang meruntun hati kami adik beradik.. we accident sorang-sorang. Terlanggar lembu kalau tak silap. Waktu we accident we baru balik dari pasar malam. we beli buah mangga untuk kami adik beradik.. waktu accident, ayah macam tak sedar dia accident. Luka di kaki tak terasa sakit. Perkara yang ada di kepalanya hanyalah buah mangga yang jatuh bertaburan atas jalan raya.. we pungut satu-satu untuk kami adik beradik. we masih ingatkan kami walaupun kakinya tengah berdarah.. waktu we pungut mangga, ada kereta pak sedaraku melintas di tepi jalan. Pak cik ku terkejut tengok keadaan we, pak cik bawa pergi hospital, lepas tu baru we sedar yang kakinya berdarah..

We, insan yang yang paling aku kagum. Walaupun sekadar tukang gunting rambut, namun berkat penat jerih we mendidik kami adik beradik, ramai anaknya yang menjadi guru serta ramai yang masuk university, Alhamdulillah, pengorbanan untuk anak-anak berbaloi.. Setelah hampir berpuluh tahun menjadi tukang gunting rambut, akhirnya we telah bersara. We duduk rumah dengan mak. Sentiasa menjadi penghuni surau yang setia. Sebolehnya, we akan pergi cukup 5 waktu solat berjemaah di surau.

 We.. I love u so much… Moga dirimu akan sentiasa dalam rahmatNya, amin..





Wednesday, December 15, 2010

Akhir Yang Indah

<span> </span>Pejam celik pejam celik, pengajian Qaira Umaira dah hampir tamat. Sekarang dia di tahun akhir. Gadis yang amat sederhana, matanya yang redup serta mempunyai rupa paras yang boleh menyejukkan hati sesiapa yang memandang. Tidak hairanlah kenapa mak (panggilan untuk mak angkat dia) di Tanjung Karang ingin bermenantukan gadis itu. Penginapan selama 2 hari 3 malam di sana cukup mendamaikan. Suasana kampung yang sangat indah.
“Qaira, mak nak tanya sikit boleh?”

Qaira yang sedang ralit melihat keindahan bunga mawar tersentak.

                “Oh, mak, ada apa mak, tanyalah, apa yang Qaira boleh jawab, Qaira jawab,”

                “Mak tengok, Qaira ni, baik budaknya, lemah lembut, hormat orang tua, mak berkenanlah dekat Qaira,”

Qaira jadi pelik, tiba-tiba je mak nak puji dia.

                “Mak,mak, kenapa puji Qaira ni mak, tiba-tiba je, Qaira biasa jelah mak, macam orang lain juga.. mak nak cakap apa dengan Qaira sebenarnya mak, baik mak cerita dengan Qaira, Qaira merajuk kalau mak tak cerita, hehe,”

Walaupun baru kenal dalam masa 2 hari, namun ikatan kasih sayang antara Qaira dengan keluarga Haji Azmi bagaikan sudah terjalin sekian lama. Dia anggap mak macam mak kandungnya yang tinggal di Negeri Jelapang Padi. Qaira sangat rindukan ibu di kampung.

                “Qaira, mak bukan puji Qaira saja-saja, mak puji daripada hati mak yang tulus. Dalam banyak-banyak anak angkat yang mak pernah ambil, mak tengok, Qairalah yang paling baik, ada solehah di wajah Qaira. Kalau tak keberatan, mak nak tanya, Qaira dah berpunya belum?”

Jantung Qaira tersentap mendengarkan pertanyaan mak. Soalan yang tak pernah di duganya keluar dari mulut mak angkatnya, Qaira berkira member  jawapan yang paling sesuai agar tidak mengguris mana-mana hati.

                “Mm.. mak. Sebenarnya, Qaira bukan milik siapa-siapa lagi melainkan milik ibu ayah Qaira. Mak tengok cincin ni, cincin ni tanda Qaira masih milik ibu ayah Qaira. Ni cincin keluarga, bila Qaira dah kahwin nanti, Qaira akan bagi cincin ni dekat adik Qaira pulak. Mak, Qaira masih belajar, sekarang di tahun akhir, tahun yang penting buat Qaira. Sebolehnya, Qaira nak bahagiakan ibu ayah dan  keluarga dengan kejayaan Qaira dulu mak,”

Panjang lebar Qaira cuba buat mak faham tentang situasinya, harap-harap mak faham.

                “Alhamdulillah, bertuah mak ayah Qaira ada anak macam Qaira. Fikirkan keluarga dulu. Mak rasa mak dah tak salah menilai. Namun, andai ada jodoh, mak berhajat sangat nak jadikan Qaira menantu mak. Anak mak  sekarang tengah bekerja sebagai doktor di sebuah hospital  di Kaherah, di Mesir, tapi andai itu jawapan Qaira, mak tak paksa, harap Qaira dapat apa yang Qaira impikan, InsyaAllah.”

Qaira terharu dengan  kata-kata mak. Dia jadi makin rindukan ibunya di kampung.  Esok dah kena bertolak balik kolej, rasa baru semalam rombongan persatuan kaunseling kolej berkunjung ke Homestay Kampung Sg. Sireh di Tanjung Karang, Shah Alam.. InsyaAllah, aku takkan lupakan Kampung Sg. Sireh, tekad Qaira Umaira dalam hati.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
<span> </span>Desir-desir angin berpuput di telinga Qaira Umaira. Awan meniti di angkasa. Burung burung menari berkicauan. Qaira duduk di pangkin dekat pokok yang agar redup di petang yang hening. Berlatarkan langit Ilahi yang sungguh indah ciptaanNya, ditambah lagi dengan keindahan padi yang memukau. Suasana yang cukup  damai dan tenang tidak mampu mengusir getar di dada. Qaira teringat perbualannya dengan ibu, beberapa hari yang lalu..

                “Umaira, pengajian Umaira dah hampir tamatkan. Tahun ni, tahun akhir Umaira dalam jurusan jururawat kan?”
Ibu Dahlia lebih suka memanggil Qaira dengan nama Umaira, katanya, pipi Qaira kemerah-merahan, tu yang dia panggil nama tu, ditambah pula dengan harapan akhlak Umaira secantik akhlak isteri rasulullah s.a.w, Aisyah Humaira, InsyaAllah.

                “Ha ah ibu. Dah tahun akhir, tak sangka Umaira, rasa semalam je Umaira pergi interview dengan ayah dekat Kuala Lumpur dulu. Kenapa ibu tiba-tiba tanya soalan ni? “

                “Anak ibu dah besar panjang dah sekarang kan, dah nak masuk 23 tahun dah tak lama lagi, ibu ada hajat nak bagitahu Umaira, tapi terpulang pada Umaira nak bagi jawapan apa pun, semuanya ibu ayah setuju,”

Qaira merasakan ibunya akan bertanyakan sesuatu yang serius. Suara ibunya berlainan dari biasa. Ibu biasanya lebih senang begurau dengan anak-anak.

                “Ibu, apa hajat yang ibu nak bagitahu Umaira? Umaira akan jawab sejujur hati Umaira,”

Qaira cuba berlagak biasa, namun dalam hatinya bagaikan ombak badai yang menghempas pantas. Hanya menunggu butir-butir bicara daripada ibu tercinta.

Tiba-tiba, ayah  menapak ke meja makan, tempat dua beranak senang berbual. Ayah lantas duduk sambil minta ibu sediakan air untuk hilangkan dahaga setelah penat bekerja. Kelihatan ibu bermain mata dengan ayah..

                “Idah dah bagitahu Umaira?”

Ibu pantas menggeleng. Ibu bagaikan memohon pengertian ayah untuk menyampaikan berita yang sangat asing dari pengetahuan Qaira.

                “Belum bang, abangla bagitahu Umaira, Idah tak tahu nak susun ayat macamana,”

                “Ish ish ibu kamu ni, macam zaman muda-muda dulu pulak, malu-malu, haha..”

                “Abangla bagitahu, Idah memang tak pandai nak bagitahu,”

Sikap ibu Qaira yang bermain tarik tali dengan ayahnya, menimbulkan seribu satu persoalan dalam diri Qaira.

                “Ibu, ayah, apa sebenarnya yang dah berlaku, Umaira nak dapat adik baru ke?”

Tiba-tiba otak bergeliga Qaira mengeluarkan idea spontan yang tidak berapa bernas,mm..

                “Hish, kamu ni ke situ pulak Umaira, ibu ni dah tua, tak larat dah nak mengandung untuk adik Umaira, kalau Umaira sendiri mengandung, ada anak sendiri, okey juga, dapatlah ibu merasa cucu perempuan pula, cucu lelaki ibu dah ada..”

Ibu tersenyum penuh makna. Qaira kaget. Dia merasakan bahawa jawapan pada persoalannya sudah hampir tiba.

                “Umaira, sebenarnya, 2 hari lepas Lebai Ahmad, datang merisik, dia bertanyakan Umaira, samada dah berpunya ke belum? Dia nak jodohkan dengan anak dia, tu pun kalau Umaira setuju, ibu ayah letak semua keputusan di tangan Umaira.”

Qaira sangat terkejut, baru nak tamat pengajian, pinangan pula yang datang, otak Qaira bagaikan tepu, tak mampu nak berfikir dengan waras. Ucapan ayahnya tadi bagaikan halilintar yang berdentum pada sekeping hati miliknya. Ya Allah, kenapa begitu cepat? Aku masih belum bersedia Ya Allah.. Qaira sangat terkejut dengan berita tersebut..

                “Umaira, kenapa senyap je? Ke Umaira dah ada calon menantu untuk ibu?”

Ibu nampak risau dengan gelagat Umaira yang ceria bertukar senyap seribu bahasa. Tiba – tiba jadi penyenyap bunyi.. Ibunya takut Qaira masih menaruh hati pada seorang pemuda yang pernah diceritakan Qaira dulu.

                “Eh, bukan macam tu ibu, tapi berita yang ayah baru sampaikan buat Umaira terkejut, berita yang sangat mendadak buat diri Umaira ibu, ayah, boleh tak bagi masa dulu buat Umaira untuk berfikir?”
Qaira cuba minta waktu untuk dirinya dalam menilai dan muhasabah dirinya. Ini bukan keputusan yang cincai – cincai, tapi berhubung masa depan, masjid yang bakal terbina, bukan perkara yang boleh dibuat main – main.

                “Baiklah kalau Umaira nak macam tu, fikirlah masak masak ye, anak Lebai Ahmad tu baik orangnya, ayah selalu juga jumpa dia kat masjid waktu dia balik kampung. Umaira fikirlah baik – baik ye, ibu ayah takkan bantah, semuanya di tangan Umaira. Jangan stress pula ye, tumpukan pengajian di tahun akhir dulu ye..”

                “Akak! Oh Akak! Ibu panggil, suruh balik rumah, akak buat ape kat sini?”

Sedar tak sedar hampir setengah jam Qaira berada di tepi sawah sambil mengimbau perbualannya dengan ibu ayah beberapa hari lepas. Nasib baik Hafizi, adiknya yang berumur 6 tahun tu datang ke sawah, kalau tak tak tahu berapa lama lagi dia kat situ.

                “Adik, akak memang dah nak balik ni, jom balik sama-sama dengan akak. Mari akak pimpin tangan Fizi, jom.”

Qaira dan adiknya beriringan balik ke rumah. Sampai di rumah Qaira balik mengemas baki pakaian  yang belum dikemas petang tu. Dia nak naik bas balik universiti dah malam ni.. sedang asyik berkemas, ibunya datang..

                “Umaira.. Umaira ada nak bagitahu ibu apa-apa ke?”

Qaira tak sangka gelisah dihatinya dapat dibaca oleh Puan Faridah, ibunya.. nak cerita tak nak cerita, mm..? cerita je lah..
                “Mmm.. ibu.., sebenarnya, Umaira nak minta persetujuan ibu, tu pun kalau ibu setujula,”

Rasa gugup bersarang di hati Qaira, suaranya bagaikan tersekat sekat di kerongkong  untuk mengeluarkan butir bicara.

                “Apa dia Umaira, bagitahu je ibu, ibu lagi risau tengok anak ibu ni bermuram, baik Umaira suarakan apa yang ada di hati Umaira, luahkan,”

Suara ibu yang rendah dan berhemat itu telah menenangkan hati Qaira. Ibunya berkata sambil mengelus rambut Qaira yang lurus dan panjang tu. Dia suka tengok rambut Qaira yang lepas bebas melepasi bahu Qaira..Cantik sungguh rambut Qaira di sebalik tudung yang sentiasa menutupi mahkotanya. Alhamdulillah.. anaknya tahu menjaga batas-batas auratnya.

                “Ibu, pasal pinangan dari Lebai Ahmad tempoh hari, boleh tak ibu minta dia tangguhkan jawapan dulu? Kalau boleh Umaira nak habiskan pengajian Umaira dulu, sampai keluar keputusan pengajian Qaira dulu, boleh tak ibu?”

Ibu berhenti dari mengelus rambut Qaira..

                “La, pasal ni ke yang risaukan hati puteri ibu ni? Kalau pasal tu tak payah risaula, ibu tahula nak bagitahu macamana, yang penting sekarang, Umaira fokus pasal pelajaran Umaira dulu k, yang lain –lain tak payah risau ye,”

Qaira sangat gembira dengan jawapan ibu.

                “Terima kasih ibu, Umaira sayang sangat kat ibu,”

Qaira memeluk ibunya dengan erat sambil mencium pipi ibunya. Terima kasih ibu..

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
<span> </span>Selang beberapa minggu kemudian, Qaira semakin sibuk dengan pengajiannya, peperiksaan akhir semakin menjelang tiba. Suatu hari, sewaktu menelaah pelajaran di bilik kolej pada hujung minggu yang hening, Qaira ditanya dengan persoalan yang agak peribadi oleh sahabat karibnya iaitu Fatin Batrisya.

                “Qaira, sepanjang kita kenal dekat 4 tahun di universiti kan, saya tak pernah dengar awak sebut pasal lelaki, ramai yang nak ‘tackle’ awak, tapi awak tak layan, awak dah ada seseorang yang istimewa ke atau awak memang tak nak layan diorang ke macamane?”

                “Amboi amboi, kenapa nak tahu ni, mana boleh tahu, rahsiala, hehe”

Qaira cuba bermain tarik tali dengan Batrisya. Dia sebenarnya agak terkejut dengan pertanyaan sahabatnya itu. Tentang pinangan dari keluarga Haji Ahmad tak de seorang pun kawannya yang tahu, mungkin Batrisya orang yang pertama yang akan tahu..

                “Ala Qaira, bolehla, sebenarnya, saya nak tahu sangat pasal perasaan dan hati awak tu, dan satu lagi, saya dapat rasakan yang Encik Iman Hakim, ‘trainer’ kita tu, ada hati kat awakla, saya rasala, mungkin lepas belajar nanti dia akan masuk meminang awak kut, hehe,”

Batrisya, kalau bab bab firasat ni, bolehlah bagi kat dia, ada juga yang bernas, tapi kadang kadang melangkau alam realiti yang sebenar.

                “Ish Batrisya ni, ke situ pulak awak ye, imaginasi saya pun tak terjangkau dek pemikiran awak tu, mana ada Encik Iman Hakim nak kat saya, biasala, sebagai ‘trainer’ kita, dia cuba ambil berat tentang kebajikan anak anak buahnya, tambah pula kita berusaha untuk membantu orang sakit, melibatkan nyawa orang. Saya takut untuk menghadapi cinta sebelum kahwin, takut pada kepalsuan dan godaan syaitan dan yang paling penting, saya takut pada azab Allah, yang halal tetap akan halal dan yang haram tetap akan haram Batrisya,”

Panjang lebar butir bicara Qaira, sejujurnya, hatinya bergetar bila Batrisya menyebut nama Iman Hakim. Insan yang sangat patuh pada ajaranNya, berusaha dengan setulusnya untuk membantu mengubati orang yang sakit dalam waktu yang sama membantu  golongan muda yang bermasalah dengan hal ehwal agama. Dia sangat pentingkan kecintaan pada Allah. Rupa parasnya juga menarik, bisa menyejukkan mana mana hati yang melihatnya. Walau diberikan dengan pelbagai nikmat, Iman Hakim tidak pernah alpa. Dia sentiasa mensyukuri nikmat Allah dengan menggunakan nikmat yang diperoleh ke jalanNya yang diredhai.

                “Betul apa yang awak bagitahu tu Qaira, maknanya sampai sekarang, hati awak ni masih belum diisi oleh mana mana insan bernama Adam la ek?”

Masih cuba mengorek rahsia. Qaira menggeleng kepalanya..

                “Belum, tapi, sebenarnya, keluarga saya dapat pinangan dari keluarga Lebai Ahmad, Imam di kampung kami, tapi, saya minta ibu ayah saya tangguhkan jawapannya, saya nak habiskan pengajian akhir saya dulu, barulah dapat beri jawapan,”

Kelihatan Batrisya bagaikan terkejut dengan apa yang baru diperkatakan oleh Qaira.

                “La Qaira, awak biar betul, tak pernah cerita pun kat saya, mm, dia ‘handsome’ tak, baik tak, mana lagi ‘handsome’ antara dia dengan Iman Hakim?”

Batrisya Batrisya, tak habis habis nak dibandingkan dengan Iman Hakim. Qaira hanya menggeleng kepala..

                “La, tak handsome ke bakal suami awak Qaira? Ke dia tak baik?”

                “Bukan macam tu la Batrisya, sebenarnya, saya tak pernah kenal dengan anak Lebai Ahmad tu, dia tua 3 tahun dari saya, mungkin abang saya kenal dia kut, tapi saya memang tak kenal, nama dia pun saya lupa nak tanya ibu saya hari tu,tapi besar harapan ibu ayah saya nak jodohkan kami berdua,”

                “Oh, macam tu, habis, awak setuju je macam tu, walaupun tak pernah kenal pun dia tu siapa? Perangai dia macamana? Baik ke? Ke macamana? Ish, saya tak sangkala, zaman serba moden sekarang, ada juga yang terima jodoh yang diatur keluarga macam awak ni, awak dah pikir masak-masak ke Qaira?”

Qaira kelihatan tenang sambil tersenyum..

                “Batrisya, ibu ayah saya tak pernah paksa saya, semua keputusan terletak di tangan saya, lagipun, kami bukan nikah sekarang, saya masih fikirkan kkeputusan saya. Sebenarnya dulu, saya ada jatuh hati kat seseorang waktu sekolah menengah dulu, tapi ‘senior’ saya tak pernah tahu pun tentang kewujudan dan perasaan saya, saya simpan dalam hati sampai sekarang. Pelik kan, waktu tu saya umur 13 tahun, sampai sekarang saya masih simpan dia di hati saya. Namun saya tahu, mengharap sesuatu yang tidak pasti, bagaikan menanti bulan jatuh ke ribakan. Hampir 8 tahun selepas senior tu menamatkan pelajaran, saya tak tahu dia kat mana sekarang. Pengetahuan saya tentang dia pun hampir zero. Yang saya tahu, sebaris namanya sahaja, abang Saiful Azzam. Mana mungkin saya dapat menjejaki diakan.”

Panjang lebar Qaira bercerita kepada sahabat baiknya, rahsia itu tersimpaul kemas dalam hatinya selama ini. Batrisyalah orang pertama mengetahui tentang rahsia hati Qaira Umaira selain ibunya. Batrisya bagaikan terpana dengan kata-kata Qaira. Mulutnya terlopong sambil matanya yang dah setia bulat makin dibulatkan.

                “Qaira, saya bagaikan tak percaya. Setianya awak, tunggu orang yang tak pasti selama 8 tahun. Walaupun sekadar cinta monyet, kesiannya awak. Patutla awak tak pernah nak layan mana-mana lelaki yang cuba ‘tackle’ awak. Hati awak dah dimiliki. Mesti dia jauh lebih hebat dari Iman Hakim kan sampai awak sanggup tolak dia.”

“Entahlah Qaira, sekali saya sayang, sukar saya nak hapuskan perasaan tu, namun, saya rasa saya perlu buang perasaan ini sedikit demi sedikit. Mana mungkin saya curang pada bakal suami. Doakan saya Batrisya untuk melupakan insan yang pernah hadir dalam hidup ini,”

“InsyaAllah, saya doakan yang terbaik untuk awak, nanti kalau dah jadi, jangan lupa bagitahu saya pulak ye.”

“Ok, awak kan sahabat saya yang paling saya sayang, takkan saya nak lupa pulak”

“Ish, dah lama sangat kita borak ni, jom sambung belajar balik, hehe,”

Qaira dan Batrisya sambung semula pelajaran yang telah tergendala tadi.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
<span> </span>Selang beberapa bulan, Qaira sudah tamat pelajarannya di Universiti Kebangsaan Malaya, (UKM), dia lulus dengan cemerlang dan mendapat tawaran bekerja di Hospital Universiti Kebangsaan Malaya. (HUKM). Akhirnya, ada juga ahli keluarganya jadi jururawat, 3 kakaknya semua jadi guru. Suatu hari, sewaktu di kampung, dia mendapat warkah dari keluarga angkatnya di Tanjung Karang.

Assalamualaikum,
Kehadapan akak Qaira Umaira yang dikasihi, ni Hafizah yang tulis surat, anak mak yang belajar di UITM Shah Alam, terlebih dulu, mak abah kirim salam dekat akak. Mak rindu sangat dekat akak. Bila akak nak datang sini lagi?
Kehadiran akak dalam keluarga kami, menceriakan hati mak yang dah lama kering. Sebenarnya, 5 tahun lepas, Fizah kehilangan kakak, Kak Ngah, dia kemalangan, sejak tu, mak selalu teringatkan arwah. Sejak akak datang ke rumah kami, mak sayang sangat dekat akak. Akak bagaikan sinar baru dalam hidup mak. Diri arwah ada dalam diri akak. Wajah akak pun mirip dengan arwah kak Ngah. Dan kalau arwah masih ada, dia sebaya dengan akak.
Walaupun kita tak pernah berjumpa, tapi melalui gambar yang ditunjukkan mak, Fizah dah tahu yang akak ni baik, macam arwah juga. Mak sayang sangat dekat akak. Besar harapan mak nak menantukan akak. Namun andai akak sudah ada yang punya, mak tak paksa, namun, anggaplah kami sekeluarga macam keluarga kandung akak sendiri, ok lah kak,sampai di sini je surat dari Fizah sekeluarga, harap akak bahagia di samping keluarga, amin.
Akhir kata, sampaikan salam Fizah sekeluarga buat kakak sekeluarga, assalamualaikum.

Qaira termenung membaca warkah tersebut. Patutlah mak sayang sangat dekat dia. Rupanya, Qaira macam arwah anak dia. Kesiannya dekat mak. Qaira buntu dalam membuat keputusan. Qaira kena bagitahu ibu ni.

                “Ibu, ibu ingat lagi tak keluarga angkat Umaira yang tinggal dekat Tanjung Karang ?”

Qaira menyuakan surat yang baru dibacanya kepada ibu. Ibu turut membacanya.

                “Oh macam tu ceritanya, Umaira rasa macamana,kita tak bagi lagi jawapan kepada Lebai Ahmad. Semua di tangan Umaira, ibu ayah tak paksa Umaira terima pinangan dari anak Lebai Ahmad,”

                “Entahlah ibu, Umaira buntula ibu. Tak tahu nak buat keputusan,”

                “Kalau macam tu, Umaira buatla solat Istikharah. Minta petunjukNya. InsyaAllah tuhan akan tunjukkkan jalan yang harus dipilih Umaira k,”

                “InsyaAllah ibu, ibu, boleh tak Umaira nak tengok gambar anak Lebai Ahmad. Nama dia apa ek ibu, dah lupa dah dulu,”

                “Ish ish, nama pun tak ingat, nama dia Nazmi Hairi, nak tengok gambar dia, sekejap ibu ambilkan.”

Ibu membuka almari di bilik Umaira, rupanya ibu dah letakkan gambar dia dalam bilik Qaira, Cuma dia je tak perasan selam ini. Qaira menepuk dahinya sambil tersengih.

                “Oh, nilah orangnya, baiklah ibu, nanti lepas Umaira buat solat hajat, Istikharah, bila Allah dah bukakan pintu hati baru Umaira buat keputusan dan bagitahu ibu dan ayah k, sayang ibu sangat sangat. Terima kasih ibu,”
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
<span> </span>Pada malam yang hening, Umaira bangun solat malam, bertahajud, menunaikan solat sunat termasuklah solat Istikharah. Sudah beberapa malam dia lakukan namun, masih belum mendapat petunjuk. Namun, dia tak pernah putus asa, malam ini malam Jumaat, malam penuh barakah, penghulu segala hari, dia bermohon, bermunajat kepadaNya, berdialog dengan Yang Maha Esa.

“Oh Tuhan,andai telah Kau catatkan dia milikku, tercipta untuk dirikusatukanlah hatinya dengan hatiku,titipkanlah kebahagiaan buat kami.Ya Allah, ku mohon apa yang telah Kau takdirkan, kuharap dia adalah yang terbaik buatku kerana Engkau tahu segala isi hatiku,peliharalah daku dari kemurkaanMu Ya Allah. Ya Tuhan Yang Maha Pemurah, berikanlah aku kekuatan dan harapan, agar aku biasa kuat Ya Allah, Kau semaikanlah setulus kasih di hati ini agar aku dapat melayar bahtera ke muara cinta yang Engkau redhai. Ya Allah, hati ini milikMu,Kau tunjukkanlah aku seorang pemuda yang soleh yang dapat membimbingku ke jalan yang Kau redhai. Labuhkanlah cintaku kepada insan yang melabuhkan cintanya untukMu. Kuinginkan kebahagiaan di dunia dan akhirat bersama pemilik rusuk kiriku Ya Allah. PadaMu kumohon segalanya Ya Allah. Berikanlah petunjuk dan hidayah kepadaku Ya Allah.”

Usai mengelap mutiara jernih di wajahnya, Qaira mengambil keputusan untuk tidur sekejap sebelum tunggu solat subuh. Pada malam tersebut dia bermimpi. Kakinya tersepit, dia ingin meminta tolong. Tiba-tiba dia Nampak ada 3 pemuda di depannya. Ada Nazmi Hairi, Iman Hakim dan seseorang lagi, dia tak berapa cam, tapi wajah pemuda tu macam pernah dikenalinya. Qaira menjerit meminta tolong, minta sesiapa boleh keluarkan kakinya yang tersepit, dia menjerit, namun Nazmi Hairi dan Iman Hakim hanya melihat tanpa berbuat apa-apa. Sewaktu Qaira hampir berputus asa, tiba tiba pemuda yang seorang lagi datang menolongnya, melepaskan kakinya yang tersepit. Sewaktu Qaira mengangkat muka untuk mengucapkan terima kasih kepada pemuda itu, pemuda itu sudah berlalu, dia hanya melepaskan senyuman apabila dia sudah berada jauh di hadapan, Qaira cuba memanggil pemuda tersebut.

“Awak! Awak ! terima kasih sebab selamatkan saya, awak!”

Tiba tiba Qaira tersedar ke alam realiti. Dia beristighfar panjang mengingatkan mimpi yang baru dialaminya sebentar tadi.

                “Astaghfirullahal A’zim, Ya Allah, apakah maksud mimpiMu ini. Adakah itu pemuda yang diciptakan buatku Ya Allah? Bukan Nazmi Hairi ataupun Iman Hakim. Siapakah pemuda itu Ya Allah?”

Tiba tiba Qaira baru teringat yang dia tak pernah melihat anak lelaki mak yang bekerja di Kaherah, Mesir.

                “Ya Allah, andai ini yang Kau takdirkan buatku, aku redha dan pasrah Ya Allah. Aku bersyukur dengan rahmat yang Kau berikan padaku ini Ya Allah, terima kasih atas petunjukMu Ya Allah.”

Alhamdulillah, hati Qaira kuat mengatakan yang jodohnya dengan anak mak, semoga hatinya tidak salah menilai. Esok dia akan beri keputusan untuk ibu dan ayahnya esok.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
<span> </span>Selesai sarapan pagi, tinggal Qaira dan ibu ayah sahaja di meja makan di dapur. Kelihatan ayah dan ibu ingin memberitahu sesuatu untuk Qaira. Qaira berkira kira ingin memberitahu tentang keputusan hatinya buat ibu ayah.

                “Ibu, ayah, kenapa Umaira rasa macam ibu ayah nak beritahu Qaira sesuatu je?”

Ibu ayah berpandangan sesama sendiri, ayah mengangguk pada ibu.

                “Umaira, sebenarnya semalam, Lebai Ahmad ada jumpa ayah dekat masjid semalam. Dia nak batalkan hasrat dia untuk meminang Umaira untuk anak dia. Dia minta maaf sebab anak dia dah ada pilihan hati. Dia minta maaf sebab bagi harapan tapi akhirnya dia yang terpaksa batalkan hasratnya. Dia minta maaf dengan Umaira,”

                “Oh pasal tu ke ibu, ayah. Alhamdulillah, sebenarnya, Umaira dah buat keputusan nak terima anak mak dekat Tanjung Karang, eloklah kalau Lebai Ahmad dah buat keputusan macam tu, tak delah Umaira rasa bersalah sangat dengan keluarga Lebai Ahmad kan ibu, ayah,”

                “Alhamdulillah, ibu ayah doakan agar Umaira dah buat keputusan yang terbaik buat diri Umaira. Ibu doakan yang terbaik buat anak ibu,”

Ibu merangkul Umaira dalam pelukannya. Ayah tersenyum dengan gelagat dua beranak tersebut.

                “Hai, takkan ibu je, ayah tak nak peluk?”

                “Ayah ni, Umaira pun sayang ayah juga,”

Tiga beranak ketawa bahagia.. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan olehNya, terima kasih Ya Allah.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
<span> </span>Hari pertunangan dan perkahwinan menjelang tiba. Baru Qaira perasan yang selama ini dia tak pernah pun tengok gambar dengan siapa dia bakal kahwin. Majlis bertunang dan berkahwin diadakan serentak, hanya selang beberapa minit. Sewaktu disolek oleh mak andam, Qaira cuba mencari ibu, minta-mintala ibu boleh tunjukkan Qaira gambar bakal suami Qaira. Namun, nampaknya, kelibat ibunya tidak kelihatan. Mungkin sibuk bersama saudara mara yang datang merewang.

                “Oh sahabatku, Qaira, lamanya tak jumpa awak, Subhanallah, ni Qaira Umaira ke? Wah, cantiknya awak. Dengan mata awak, dengan pipi awak yang kemerah merahan ni, memang beruntungnya bakal suami awak dapat isteri cantik macam awak. Nazmi Hairi kan bakal suami awak?”

Batrisya terpesona dengan kecantikan Qaira, dengan matanya yang indah disolek, menyerlahkan lagi kecantikannya, ditambah dengan sepasang baju kebaya labuh muslimah yang dihiasi dengan labuci yang cukup indah.
Qaira cepat-cepat tutup mulut Fatin Batrisya, takut didengar orang lain. Batrisya terpinga-pinga minta penjelasan dari Qaira.
                “Bukan, bukan dengan Nazmi Hairi, tapi dengan Mohammad, anak mak yang tinggal kat tanjung Karang dulu. Maafla, saya tak sempat nak bercerita panjang dengan awak, nanti ada masa saya cerita k,”

                “oh, tak de masalahla, tak kisahlah awak kahwin dengan siapa pun, saya doakan awak bahagia dengan suami awak hingga ke akhir hayat, insyaAllah, amin,”

                “Terima kasih Batrisya, sebab faham saya,”

                “Pengantin perempuan, sila bersedia ya, kejap lagi ibu pengantin lelaki nak masuk sarung cincin,”

Qaira makin gugup, Ya Allah, berikanku kekuatan. Qaira cuba memaniskan muka seboleh mungkin. Agar kegelisahan dapat dikaburi dengan senyumannya.

                “Manisnya menantu mak, terima kasih Qaira sebab sudi jadi menantu mak,”

Selepas sahaja mencium tangan mak, Qaira dibawa ke ruang tamu untuk majlis akad nikah, kelihatan ramai saudara mara kedua dua belah pengantin di ruang tamu ingin bersama meraikan mempelai yang sama cantik, sama padan. Qaira malu untuk mengangkat mukanya, Batrisya di sebelah, menggenggam tangan Qaira dengan erat untuk memberi kekuatan pada sahabatnya. Ibunya disebelah turut memaniskan muka untuk hilangkan kegusaran di hati Qaira. Baca doa banyak bayak, sempat ibu berbisik pada telinga Qaira.

                “Saya terima nikahnya, Nur Qaira Umaira binti Mohd Azlan dengan mas kahwinnya, Rm80 tunai”

                “Sah, sah, Alhamdulillah,”

Saat itu air mata Qaira yang sedia bergenang, mengalir, dengan sekali lafaz dia sah bergelar isteri kepada Mohammad. Untuk upacara pembatalan air sembahyang, si suami bergerak ke belakang sambil membawa sebentuk cincin. Sewaktu Qaira mengangkat muka, dia sangat sangat terkejut.

                “Ya Allah, inikah suamiku, Subhanallah, Mahasuci Allah, Allahu Akbar,” Qaira sempat bermonolog dalam hati. Rupa-rupanya, suaminya bernama Mohammad Saiful Azzam, ternyata, lelaki yang dicintai selama ini merupakan anak mak yang sedang bekerja di Hospital Kaherah, Mesir.

                “Qaira, hulurkan tangan awak, orang semua tengah tengok awak ni,”

Akibat terlalu asyik melihat si suami, Qaira hampir lupa untuk mnghulurkan tangannya untuk majlis pembatalan air sembahyang.Selepas berakhir majlis menyarungkan cincin, dahi Qaira dikucup oleh Mohammad Saiful Azzam.

                “Qaira dah makin cantik sekarang, dah makin cantik dari 8 tahun yang lalu, abang cintakan Qaira dari dulu lagi, terima kasih sebab sudi jadi isteri abang.”

 Qaira jadi terlalu gembira. Tidak disangka, abang Saiful Azzam mengetahui tentang kewujudannya dan rupanya dia tidak bertepuk sebelah tangan. Semua gembira melihat dia bahagia terutamanya ibu dan ayah. Qaira sempat berbisik pada ibu dan Batrisya.

                “Ibu, Batrisya, nilah abang Saiful Azzam yang pernah Umaira ceritakan dulu, yang Qaira tak pernah jumpa hampir 8 tahun lalu, dia suami Umaira, lelaki yang amat Umaira cintai dari dulu lagi,”

                “Subhanallah, Umaira, tuhan permudahkan segala urusan Umaira, syukurlah nak,”

                “Tahniah Umaira, tak sangka, awak dapat jumpa juga dengan ‘secret admirer’ awak, dah jadi suami awak pula tu, apa-apa pun saya doakan awak bahagia, Alhamdulillah, penantian awak selama ini tidak sia-sia,”

                “Terima kasih ibu, Batrisya, terima kasih sebab sentiasa doakan Umaira, Umaira sayang sangat dekat ibu,”

Qaira berpelukan dengan ibu dan Batrisya, air mata yang tertahan sejak tadi mengalir laju, air mata kegembiraan, terima kasih Ya Allah. Akhir yang cukup indah buat Nur Qaira Umaira.

Nukilan : Wan Norazizah Binti Wan Sulaiman