Assalamualaikum.. Salam Ukhwah Fillah

Wednesday, May 18, 2011

Tutup Tubuh Aurat Terbuka

Saya terbaca satu article yang menarik dalam majalah NUR edisi April 2011.. saya rasa terpanggil untuk berkongsi article ini dengan sahabat sekalian. Selamat membaca.. =) semoga kita sama sama mendapat ilmu yang bermanfaat..

Sebagai wanita, saya juga gemar mengikuti perkembangan fesyen terkini melalui majalah, televisyen dan akhbar. Apatah lagi sekiranya diuar-uarkan mengenai fesyen busana muslimah. Saya lebih teruja untuk mengetahui bagaimana pakaian busana muslimah didefinasikan.

Islam agama yang tidak mengira bangsa dan keturunan. Semua pakaian boleh sahaja dikenakan oleh orang islam asalkan pakaian itu diubahsuai mengikut kod etika pakaian islam. Antara pakaian yang diperintah syarak , pakaian longgar dan tidak jarang, bukan juga pakaian kemegahan, tidak melambangkan pakaian jantina sebaliknya, tidak menyerupai pakaian orang kafir, pakaian berkenaan bukan objektif perhiasan dan tidak menyebabkan pembaziran.

Ketika menulis article ini, saya teringat seseorang yang baru saya kenali. Puan Ann namanya. Orangnya kelihatan sederhana tetapi apabila mendengarkan pengalamnnya dalam dunia kerjaya, saya tahu dia bukan wanita sembarangan.

Katanya dia sudah lebih 20 tahun berkhidmat di sebuah syarikat yang agak berpengaruh di utara tanah air. Beliau kelihatan teruja mahu berkongsi pandangan mengenai fesyen busana muslimah..
“Fesyen yang bukan-bukan” Luahnya singkat membuatkan saya pula teruja mahu mendengan pendapatnya lagi. “saya mungkin orang lama, tapi jujur saya tidak fahan apa yang orang kata busana muslimah itu..”

“Kebelakangan ini, saya tengok pakaian pelik pelik yang budak muda sekarang yang kononnya busana muslimah. Tudung segala bagai, yang sanggul tinggi, yang terjuih jambul, yang tutup rambut tapi terbelah dada, sarat aksesori rantai yang patut dikalungkan di leher tapi dililit pada tudung, kerongsang yang sepatutnya jadi perapi tudung diselitkan di kepala, ada yang tutup rambut, tapi Nampak leher, ada yang berselendang lengkap dengan batu permata besar, ada kain renda bagai macam kain langsir pun ada, macam jaring menangkap ikan pun ada juga. Sungguh, saya memang tak faham fesyen sekarang” kata katanya begitu selamba namun cukup ikhlas..

“kadang kadang saya tergelak sendiri tengok. Kadang kadang saya geleng kepala. Perempuan perempuan muda bergaya ke pejabat macam nak buat pertunjukan fesyen. Tak kurang juga anak anak muda yang sedang menuntut di kolej atau university. Kadangkala saya rasa mereka tidak pandai bezakan baju ke pejabat, baju ke kenduri kahwin, baju ke parti atau baju riadah..semuanya dia pakai”

Puan Ann menyatakan rasa bimbang jika amalan berbusana muslimah itu berubah menjadi perbuatan menunjuk nunjuk. Memanglah bertudung sudah menjadi perkara yang amat biasa di mana mana. Jika dahulu perempuan malu bertudung kerana kebanyakan wanita di sekelilingnya tidak bertudung, namun keadaan sudah sebaliknya. Orang yang tidak bertudung terasa janggal kerana semua wanita sekelilingnya bertudung..

“kita berpakaian tapi tidak tahu mengapa kita tidak tahu mengapa kita berpakaian, hikmah dan kesan di sebalik berpakaian. Kita tengok orang berpakaian begitu, kita pun ikut kerana kita rasa cantik begitu. Tapi kita tidak ada ilmu mengapa kita buat begitu. Kita malas cari ilmu hikmah di sebalik pakaian. Kita ubah suai pakaian kita tanpa ada ilmu di dada. Kita rasa kita ini sudah sempurna berpakaian tapi tak sedar, kita sebenarnya sekadar tutup badan tapi masih terbuka aurat,” itulah kata katanya yang masih bermain main di benak saya.

Pendapat Puan Ann amat benar. Dalam bab berpakaian juga, kita perlu ada ilmu, supaya pakaian yang direka tidak keterluan nampak sumbang di mata, agar pakaian yang direka tidak keterlaluan nampak sumbang di mata, agar pakaian yang disarungkan tidak janggal di tubuh.. dan ingatlah, sebaik baik pakaian adalah pakaian takwa..

No comments:

Post a Comment