Assalamualaikum.. Salam Ukhwah Fillah

Friday, February 4, 2011

Tika itu..

Ku memandang raut wajah tuamu
Tatkala berpisah
Hati sentiasa gelisah
Adakah kita akan bertemu lagi?
Adakah ini yang terakhir?
Adakah waktu akan berhentii?

Bait2 pertanyaan menyesak kepalaku
Lantas, adakah aku aku sudah bersedia?
Terlalu banyak memori suka dan duka
Pengorbanan, cinta, kasih sayang
Bersatu menggamit kalbu
Bersediakan diriku?

Dalam meniti usia emas
Hati ini makin sayu
Penat lelah makin terasa
waktu berputar semakin terasa
akan sampai saat waktu itu..
Ku lemah memikirkan ia

Terlalu banyak inginku capai
Terlalu banyak inginku buat dikau bahagia
Inginku jadi anak yang solehah
menggalas tanggungjawab yang belum tertunai
menolongmu di hari muka
walaupun tak sebening kasih ibu ayah
akan ku cuba lakukannya

Ya tuhanku
Berikanlah hamba kekuatan
dalam menghadapi ketentuanMu
Ku doakan agar kedua ibu bapaku
akan sentiasa dipanjangkan usia
dimurahkan rezeki
diampunkan segala dosa
serta akan dergolong dalam kalangan
orang-orang yang beriman
amin, ya Rabbal A'lamin..

ikhlas dari anakmu..

No comments:

Post a Comment